Monday, September 22, 2008

Laporan 3R - Keindahan BersamaMu Ramadhan

Tarikh: 20-21 September 2008
Tempat: Masjid Selat, Bandar Hilir, Melaka
Program: 3R - Raikan Ramadhan (Keindahan BersamaMu Ramadhan)
Jumlah Peserta: 75 orang (Lelaki & Perempuan)
Fasilitator: UTeM, UiTM, etc.
Pengendali: Norazmi Mat Noh (Pak Long), Hanuar Talib (Bang Long), Kamariah Tomiran (Ummi), Zairi Suboh (Bang Lang), Suriyati Yusof (Mak Sue).
Peserta dari: Sek. Men. Munshi Abdullah, Sek. Men. Sains Muzaffar Syah, Sek. Men. Teknik Melaka Tengah, Sek. Men. Teknik Jasin, Sek. Keb. Air Molek dll.

Penganjuran 3R - Remaja Raikan Ramadhan (yang ke-5) pada kali ini bertemakan Keindahan BersamaMu Ramadhan yang mana telah memuatkan pengisian pendekatan pancaindera (video-tainment). Peserta juga telah didedahkan dengan teknik bertadarus dan bertadabbur bersama Al Quran (Surah Al Mukminun) yang sebenar serta penekanan bahawa do’a adalah senjata orang yang menuntut ilmu.

Selain itu, terdapat juga aktiviti senario sebenar (Real-Practices) dalam slot Kembara Ramadhan - peserta secara sendiri turun ke masyarakat dalam usaha memahami konsep dakwah di sekitar Bandar Melaka (Mahkota Parade & Dataran Pahlawan). Sesungguhnya, usaha kerdil di atas adalah nilai tambah kepada pendidikan dan pembelajaran mereka dalam bidang ilmu di institusi persekolahan biasa.

Ringkasnya dirumuskan, jika mahu Allah bercakap dengan kita, bacalah Al Quran, dan jika mahu bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat. Kerahmatan jua lah yang diharapkan dari segala usaha ini. Ameen.

Pengisian 3R

Slot Taaruf aka Knowing Me Knowing You (KMKY) – sedikit hambar akibat sudah lama tidak berprogram KBM. Kendalian Bang Lang tapi dihangatkan oleh Bang Long.

Slot KBQ – Keindahan BersamaMu Al Quran – tadarus dan tadabbur 30 minit pada surah Al Mukminun. Kendalian Pak Long yang dimulakan terlebih dahulu dengan slaid Peranan Pelajar dan pelbagai kisah menarik – galakan kepada peserta membeli Al Quran terjemahan.

Slot Keindahan BersamaMu Qiamullail – Surah Ali Imran ayat 190-191 sebagai

Majlis Penutup 3R 2008

Dihadiri:

· YB Tuan Haji Ghazale bin Haji Muhammad - Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM),
· Ustaz Johari bin Yusof – Pengarah Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku (RKSK), Jabatan Ketua Menteri Melaka,
· dan rakan-rakan dari In Person Training yang mengendalikan Kem Selusuri Sirah Rasulullah.

Perasmian Penutup 3R disekalikan dengan Perasmian Pembukaan Kem Selusuri Sirah kendalian In Person Training.

Ustaz Johari bin Yusof – awalnya 3R dan Kem Selusuri Sirah ingin digabungkan, tetapi memandangkan sasaran peserta dan gaya persembahan program juga berbeza, keduanya terpaksa diasingkan.

Program kerjasama JIM dan RKSK telah berlaku untuk kali yang keempat (4). RKSK dan MAIM berminat untuk teruskan kerjasama dengan JIM pada program seumpama 3R pada tahun-tahun yang akan datang. – kredit Ustaz Johari & YB Haji Ghazale.

NGO Islam perlu lebih proaktif merebut peluang membantu dan mengisi kekosongan aktiviti di negeri Melaka di samping kreatif dan inovatif dari segi kaedah berdakwah.

Disediakan oleh,
Mohammad Fauzan bin Md Ibrahim
JK Penerangan
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Negeri Melaka
22hb September 2008

[+] Read More

Sunday, September 14, 2008

JIM Melaka Edar Kurma - Sept 2008



[+] Read More

Monday, April 7, 2008

Kelab Remaja JIM (KRJ) Melaka Mengorak Langkah




Alhamdulillah

KRJ Melaka telah maju setapak ke hadapan secara lebih serius dalam menjana tenaga muda dalam arus dakwah Islam di Melaka.

Kini KRJ Melaka telah tembus ke dalam banyak sekolah Melaka dan mendapat sambutan baik dan menggalakkan dari pihak sekolah, guru, warden asrama dan pengetua...pendek kata, warga kerja sekolah telah menerima kedatangan KRJ Melaka.

Sehubungan dengan itu, KRJ Melaka juga telah melancarkan Weblog KRJ Melaka yang boleh anda semua layari di http://krjmelaka.wordpress.com

Semoga usaha kerdil ini menjadi semakin diterima dan semakin terancang dan tersusun dalam melahirkan masyarakat Islam yang madani fikirannya.

[+] Read More

Friday, March 14, 2008

Pilihanraya Umum ke-12: Masa untuk Memberi Khidmat Terbaik

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

Jumaat 14 Mac 2008

Pilihanraya Umum ke-12: Masa untuk Memberi Khidmat Terbaik

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) bersyukur Pilihanraya Umum ke-12 yang baru lalu telah berjalan dengan lancar. Keputusan pilihanraya juga telah diterima baik oleh parti-parti yang bertanding. Malaysia telah mempamirkan kematangan. Keamanan dan ketenteraman telah terjaga dan negara telah tidak terjerumus ke dalam keadaan huru-hara yang sering mengiringi pilihanraya yang menghasilkan kejutan dan perubahan.

Kita berharap sikap “magnanimous in victory and gracious in defeat” hendaklah terus dihayati.

Rakyat telah bersuara. Rakyat mahukan perubahan tetapi tidak secara menyeluruh (total). Rakyat menerima Barisan Nasional tetapi menuntut perubahan dengan penyingkiran ramai pemimpin kanannya. Rakyat mahukan pemerintahan yang berjiwa rakyat, mesra rakyat, mengutamakan keperluan rakyat, mendengar suara rakyat, mengagihkan kekayaan dengan adil, sistem kehakiman yang bebas, tadbir urus yang baik dan berkesan serta pembenterasan gejala rasuah.

Dengan semua parti-parti politik berperanan sebagai kerajaan dan pembangkang, JIM berharap mereka semua memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

JIM menyeru kepada Barisan Nasional supaya:

  1. lebih responsif kepada suara rakyat agar lebih adil, telus dan meningkatkan pertanggungjawaban (accountability),
  2. Menghayati konsep federalisme dan berlaku adil kepada semua rakyat termasuk di negeri yang tidak diperintah oleh Barisan Nasional. “Collective punishment” hendaklah dielakkan.

JIM menyeru parti-parti PAS, DAP dan PKR supaya:

  1. Menjalinkan kerjasama berasaskan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan serta mendahulukan kepentingan rakyat,
  2. Menunaikan janji-janji kepada rakyat serta mewujudkan pentadbiran yang berkesan (efficient) dan pemerintahan yang adil. “Membalas dendam” hendaklah dihindarkan.

Dengan lanskap politik yang baru ini, JIM berharap suasana harmoni diperkukuhkan, penglibatan rakyat dan masyarakat madani (civil society) dipertingkatkan dan proses check and balance menjadi lebih baik.

JIM akan meneruskan usaha dakwah dan pembaikan berlandaskan Islam demi kebaikan rakyat.

Zaid Kamaruddin

Presiden

[+] Read More

Wednesday, February 27, 2008

Palestin: Kepentingannya Kepada Umat Islam!

Palestin adalah salah satu identiti umat Islam. Setiap muslim mempunyai peranan yang besar terhadap bumi Palestin dan rakyatnya. Umat Islam daripada seluruh dunia mesti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

1. Palestin dari segi keimanan:

Kepentingan bumi Palestin dalam kepercayaan Islam (Islamic Faith) telah dibuktikan di banyak tempat dalam al-Quran dan hadis. Kepentingan terbesar ialah kerana di sana terdapatnya Baitul Maqdis, tempat paling suci selain bumi Hijaz (Mekah dan Madinah). Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock,kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.Baitul-Maqdis di Palestin adalah pusat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebut :-

Maha Suci Dia (Allah) yang telah mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW) dimalam hari daripada Masjidil haram (di Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya…. (Al-Isra’:1)

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata:

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab:

Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis pada masa keseluruhan Period Mekah (selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.

Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)


Selain daripada itu, terdapat lagi beberapa ayat dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang pentingnya bumi Baitul Maqdis dalam Islam serta Allah memberkati bumi disekelilingnya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan tentang bumi Palestin yang diberkati sehinggakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW amat mencintai bumi ini. Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah
mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah waqaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.

Setelah mengkaji ayat-ayat al-Quran, hadis, dan tindakan para sahabat, maka tiada siapa yang sihat fikirannya boleh menafikan bahawa Palestin adalah bumi suci dan diberkati. Ia adalah bumi yang terlalu penting kepada setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

2. Palestin dalam Sejarah Islam

Bumi Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada Nabi yang pertama, Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) yang telah diutuskan untuk menyampaikan mesej Islam, maka ia tidak sepatutnya ditadbir oleh orang lain selain daripada sesiapa yang membawa mesej Islam dan melaksanakan segala peraturan dan tuntutannya.

Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.

Ia adalah tanah suci dimana ramai para Nabi dan Rasul telah dilahir serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa. Semasa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah termasuk dihalau daripada bumi Palestin. Ini semua diceritakan dalam Bible dan Al-Quran.

Baitul Maqdis adalah bumi berlakunya Isra’ Mikraj terhadap Rasulullah SAW semasa period Makkiyyah.

Palestin telah berjaya dibawa ke naungan pentadbiran Islam semasa zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang baru ini, tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum daripada itu hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan Byzantine turut menindas penganut Kristian Palestin kerana mereka bermazhab atau berfahaman lain daripada mazhab yang dianuti oleh kerajaan
Byzantine. Walau bagaimanapun Islam tetap menjanjikan kebebasan dan keadilan
kepada semua agama.

Tahun 1099 masehi:

Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.


Tahun 1187:

Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.


Tahun 1917:

Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestine adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi Palestin.


Tahun 1918 :

British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan kerajaan Khalifah Othmaniyyah.

British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.


Tahun 1948:

Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.


Tahun 1967:

Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertaman kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam Jadi mereka ingin sangat untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

Berdasarkan kepada sejarah Islam dan kepentingannya daripada segi keimanan, dan setelah kegagalan semua kaedah yang tidak Islamik untuk membebaskan tanahair Palestin daripada penjajahan Israel, maka penyelesaian secara Islam ialah kebangkitan semula Islam (re-emerging).


Ia merupakan kaedah yang paling kuat serta popular untuk pembebasan tanah yang dijajah ini. Islam ialah agama keamanan. Hanya Islam menawarkan kehormatan kepada semua agama yang diturunkan dari langit kerana ia mengiktiraf semua nabi-nabi sejak dari Adam sampai Muhammad SAW. Hanya Islam percaya yang semua nabi dan Rasul membawa mesej yang sama, jadi semua manusia layak menikmati kebebasan untuk beribadat tanpa tekanan dan penindasan.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa hanya Islam layak mengambalikan keamanan, keselamatan dan kebebasan di bumi suci Palestin kepada semua manusia.

Sumber : www.massej.info

[+] Read More

Wednesday, February 20, 2008

Islam Perlu Disampaikan

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Meneliti nota lama Januari lepas, catitan sebulan sudah. Ada nota dari satu perjumpaan yang bermakna.

Antara isinya adalah:

  • Seruan sesetengah kita yang Muslim kepada yang bukan Muslim: “Jangan main-main dengan Islam!“. Nadanya bagaimana itu? Ada keras dan tidak diplomatik. Menakutkan. Ada Islamophobia.
  • Matlamat kita adalah memperlihatkan ISLAM itu adalah PELINDUNG semua MANUSIA serta alam sekitar. Mengapa mesti bengis?
  • Antara skop Islam adalah - melindungi orang Islam - melindungi orang bukan Islam - melindungi alam sekitar.
  • Senario kini: mesej yang sampai kepada bukan Islam adalah celaru sebab Muslim turut melakukan perkara haram dan keji. Bagaimana mungkin masyarakat bukan Islam bisa melihat ini?

Wallahu’alam

Admin


[+] Read More

Tuesday, February 12, 2008

Hadis 1: Niat & Intipatinya

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin - Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Latar Belakang hadis:

Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

Hadis ini adalah antara hadis yang terpenting dalam Islam.

Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis):
  1. Hadis 1: telah dinyatakan di atas.
  2. Hadis 5: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang tidak ada dalam urusan kita (Islam) maka dia tertolak”
  3. Hadis 6: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Antara keduanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh ramai manusia…”

Ketiga-tiga hadis ini telah diperakui oleh Bukhari dan Muslim. Kesemuanya menggariskan 3 ciri kriteria bagi membantu Muslim menilai dan menyemak apa yang telah mereka lakukan dan apa yang mereka katakan sebagai ibadah dalam kehidupan seharian:

  1. Hadith 1 - untuk menilai dan meneliti tindakan dalaman diri (iaitu tindakan hati).
  2. Hadith 5 - untuk menilai dan meneliti tindakan luaran diri (actions of the limbs).
  3. Hadith 6 - untuk menilai dan meneliti tindakan berurusan atau muamalat diri ketika berinteraksi dengan khalayak.
Niat (gerak hati ataupun lintasan dalam hati) mempunyai 2 maksud:
  1. Gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah (contohnya solat).
  2. Keinginan.

Maksud kedua (2.) daripada niat inilah ynag ingin disampaikan melalui hadis ini.

———————————-

Pengajaran Hadis

Nabi Muhammad Rasul Utusan Allah telah memberi isyarat dengan mementingkan hadis ini iaitu hadis yang berprinsip bahawa Kelakuan itu akan dinilai dengan niat atau gerak hatinya. Dan telah pun memberi bersama 3 contoh. Inilah metodologi yang digunakan Rasulullah. Contoh diberi untuk membantu memahami prinsip. Maka dengan itu, manusia lain boleh memahami dengan mudah dan senang pula mengamalkannya dalam apa jua keadaan.

Tiga contoh dalam hadis ini ditunjukkan yang mengandungi niat baik itu adalah berhijrah dan berubah semata-mata kerana Allah dan RasulNya beserta dua lagi contoh niat yang buruk iaitu berhijrah dan berubah hanya semata faedah dunia dan hanya kerana sebuah perkahwinan dan perempuan.

Hadis ini merujuk kepada ikhlas (keikhlasan - benar dan jujur semata kerana Allah sahaja, melakukan perbuatan sepenuhnya kerana Allah samada ada yang menyaksikan atau tidak melainkan yang bersaksi hanya Allah semata). Ikhlas adalah satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. Syarat yang lain yang mesti dituruti adalah tindakan atau perbuatan itu mesti menepati Syariah seperti yang diterangkan dalam hadis kelima.

Ikhlas dapat dilihat dalam lafaz syahadah:

  • “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” itu adalah ikhlas - memastikan yang kita melakukan setiap perkara itu kerana Allah dan hanya kerana Allah.
  • “Aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah” - Sunnah Rasulullah itu adalah manifestasi daripada Quran - Rasul itu adalah contoh ikutan, qudwah atau model idola terbaik untuk diikuti. Berdasarkan Sunnah baginda dalam ibadah kita seharian, Akhlaq (etika), dan Muamalat (dealings) memastikan kita bertindak mengikut syariat.

Oleh itu, syahadah menunjukkan kita terdapat syarat dalam berbuat kebaikan atau melakukan tindakan: (a) ia mesti dilakukan semata kerana Allah sebab hanya Allah yang layak disembah dan dipuja, dan (b) tindakan itu mesti selaras dengan Syariah.

Bagi mencapai ikhlas, kita perlu terhindar dari syirik (iaitu sekutukan Allah dengan benda atau makhluk lain, yang akan menyebabkan kita tidak ikhlas). Al-Imam al-Harawi berkata punca tidak ikhlas (atau syirik) adalah pentingkan diri atau mengikut hawa nafsu. Untuk itu, bagi mencapai ikhlas tiada tindakan boleh dibuat atas kehendak sendiri.

Imam al-Harawi menyatakan terdapat 7 jenis self-desires:-

  1. Untuk memperlihatkan dirinya baik di hati orang lain.
  2. Untuk mencari puji-pujian dari orang lain.
  3. Untuk mengelak dari dihina orang lain.
  4. Untuk mendapat kemegahan daripada orang lain.
  5. Untuk cuba dapatkan duit dan harta dari orang lain.
  6. Untuk mencari kecintaan daripada orang lain.
  7. To seek the help of others for oneself

Cara-cara untuk mendapatkan ikhlas:

  • Lakukan perkara kebaikan - semakin banyak perkara baik yang kita lakukan, semakin dekat kita dengan Allah, juga semakin ikhlas kita nanti.
  • Sebelum melakukan sesuatu kebaikan atau sesuatu perkara, terlebih baik kita mendapatkan ilmu pengetahuan tentang apa yang akan kita lakukan - tindakan kita atau kebaikan seharusnya dipandu dan disandarkan kepada ilmu pengetahuan yang sahih, maka dengan dengan itu dapat kita sejajarkan dengan Syariah.
  • Jangan diberi tanggapan yang salah - bermakna tidak membuat orang lain percaya bahawa tindakan salah kita adalah sesuatu yang baik. Perkara yang baik tetap baik, perkara yang salah tetap salah perlu disampaikan sebenarnya.
  • Al-Imam Ahmad berkata: Sebelum kamu melakukan sesuatu, periksa niat (tujuan hati) - tanyakan diri kamu sebelum kamu melakukan aksi perbuatan kamu: “Adakah ini semata untuk Allah?”

Ibnu al-Qayyim berkata: Any action we do is subject to three defects:

  1. Sedar diperhatikan oleh orang lain apabila melakukan perbuatan baik.
  2. Mengharap balasan atau ganjaran daripada (benefit/reward) perbuatannya.
  3. Merasa cukup dan puas dengan kebaikan yang dilakukan.

Examples:

  • If we go to the masjid for the salah and we are early, arriving before the Imam and finding a place in the first saff, we should not be proud of ourselves and think of ourselves being better than others. We should praise Allah for enabling us to go to the masjid and for being able to perform the salah without any difficulties.
  • After every salah, we should tell ourselves that we could have performed it better and try to improve in our next salah.

Apa yang akan berlaku apabila kita menukar niat baik semasa melakukan sesuatu perbuatan baik kepada perbuatan yang lain? Ibn Rajab berkata menurut ulama jika niatnya yang di akhir pekerjaannya itu sama dengan niatnya pada permulaan pekerjaan, maka sebarang pertukaran semasa kerjanya, itu tiada masalah, inysaAllah. Namun, jika niat di akhir itu tidak sama dengan niatnya di awal tadi dan berbuat dengan niat selain kerana Allah, maka kita mestilah bertaubat.

Terdapat 4 perkara yang bercanggah dengan ikhlas:

  1. Ma’siat - terlibat dengan dosa - ini akan melemahkan ikhlas.
  2. Syirik - sekutukan Allah.
  3. Riya’ - melakukan ibadah dengan keinginan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  4. Nifaq - hipokrit.

Kita mesti memastikan tujuan perbuatan kita tidak lari daripada ikhlas. Terdapat juga tindakan yang secara langsung dikira sebagai niat yang baik. Sebagai contoh, mempelajari ilmu Islam, menolong masyarakat, berdakwah ilallah, dan seumpamanya.

Beberapa hukum yang dapat dikeluarkan oleh ulama berkenaan hadis ini:

  • Apabila ada orang ‘bersumpah dengan nama Allah’ dengan mengatakan “Wallahi” dengan selalu, niat dan tujuan mereka itu sebenarnya bukanlah semata kerana Allah tetapi ia disebabkan oleh kebiasaannya yang selalu bersumpah dikhalayak. Itu sesuatu yang buruk. Begitupun, seorang Muslim itu seharusnya cuba meminimakan perlakuan itu.
  • Apabila seseorang diminta untuk bersumpah, apa yang direkodkan disisi Allah adalah niat sumpahannya itu.
  • There can be a combination of intentions between performing an ibadah and teaching others - we perform an ibadah sallallahu ‘alayhi wasallam, performed the Hajj, he did it for the sake of Allah as well as for teaching the Sahabah (his companions, may Allah be pleased with them all).
  • A man may go through the process of divorcing his wife, verbally or in court, but it is his intention which counts.
  • Apa yang diamati daripada ghibah (umpat - berkata buruk terhadap seseorang yang tiada bersama, tetapi perkara yang disebutkan itu benar) ianya boleh semudahnya menjadi gurauan ataupun do’a. Jika seseorang berkata buruk tentang seseorang yang lain, itu adalah niatnya, daripada itu akan ditentukan samada ianya ghibah atau tidak.

Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

[+] Read More

Saturday, February 2, 2008

Anak Orang, Anak Kita












Anak anak yg terlibat mengedarkan risalah Selamat Adik Sharlini..











Ahli keluarga JIM juga turut sama turun padang..











Si kecil (Salahuddin) sedang mengedarkan risalah

Program edaran risalah Selamatkan Sharlini di Melaka Sentral pada 5 Januari 2008. Seramai 4 keluarga dengan seramai hampir 30 orang telah turut serta menjayakan program yang dianjurkan selari dengan kempen Wanita Pusat mencari adik Sharlini sehingga dapat.

[+] Read More

Sunday, January 20, 2008

KBM Teknik Jasin











Org kuat KBM dari Johor









Semua krew yg terlibat..








Team fasi akhawat..











Cuba tengok tu, penuh dewan dibuatnya..

[+] Read More

Tuesday, January 15, 2008

Lagi Gambar Perkhemahan Aulad 2007





Lagi beberapa gambar Program Aulad 2007

[+] Read More

Monday, January 14, 2008

PPN 2007 (Bagan Serai, Perak)





Berikut adalah beberapa gambar kenangan semasa PPN 2007 di Bagai Serai, Perak pada 23 hingga 25 November 2007

Perwakilan Melaka didalam dewan dan di perhentian bas semasa menunggu bas utk pulang ke Melaka.

[+] Read More

Sunday, January 13, 2008

Perkhemahan Aulad 2007






Gambar barisan fasi yang menjayakan Perkhemahan Aulad 2007 di Hutan Rekreasi Sungai Udang Melaka

[+] Read More

Training of Trainers (TOT) Multimedia


Salam…

Sebagai pencetus idea bagaimana kita nak menarik minat anak remaja kita menyertai KBM secara langsung. Seperti di negeri Hang Tuah ini, kami telah terfikir dan berfikir bagaimana anak anak remaja yang ada (ada yang segan segan dgn pakcik dan makcik JIM mereka) utk turut serta dalam program yang kita anjur bersama.

TOT Multimedia

Tetiba terdetik di pikiran kami bahawa apa kata kalau kami belajar multimedia pada mereka yang mahir dan praktiskan apa telah dipelajari di dalam program JIM, so lahirlah idea Ummi Kamariah utk kita pergi ke Johor dan belajar dari sifu sifu yang ada disana.

Belajar dari sifu..

Maka belajarlah kami (ana, akhi Nordin, Dr Zainal, Dr Mai serta 2 anak mereka) dari Pak Imam (bekas imam yang pandai bab multimedia ni). Alhamdulillah berkat ingin belajar kami ini dgn ilmu yang dicurah selama kira kira 4 jam sahaja, kami dah boleh menghasilkan video sebaik tamat sahaja TOT tersebut.

Buat TOT kat Melaka
Maka timbul pula idea utk mengajar anak anak remaja JIM di Melaka perkara yang telah kami pelajari. Dengan! dihadiri oleh 20 org peserta (terdiri dari remaja dan ‘remaja lah jug a’ kelas TOT berjalan dgn lancar di pejabat JIM Melaka). Tenaga pengajarnya ialah kami yang ‘penuh’ ilmu didada dan dikomputer ini.

Banyaknya video yang lahir…

Siapa sangka, dalam tempoh seminggu selepas kami ajar mereka (dalam kelas kedua pulak) kami dapati terlahir/tercipta 3 video klip nasyid kumpulan Aspirasi USM, 1 video keluarga, 1 video lagu raya (sempena raya haji), 1 video aktiviti tadika JIM, 2 video perjalanan umrah dan jugak 2 video honey moon. Ana pun terperanjat jugak dengan hasil yang telah dipertontonkan oleh mereka. Subhanallah, cuba kita lihat manfaat dari ilmu yang dipelajari sekitar 2 jam pada malam kelas yang pertama tersebut. Tak pasti pulak dah berapa byk video terhasil kalau dikumpulkan hari ini...

Real exercise..

So, dgn basic ilmu yang dah ada, kami menyahut cabaran utk buat video sendiri semasa KBM di Bukit Piatu pada 5 & 6 Jan yang l! epas. Tapi malam sebelum KBM tersebut kami telah menerima ilmu yang advance dari sifu (pak Imam) tentang bagaimana kalau nak potong video, letak logo JIM, control suara dan beberapa lagi. Terima kasih yang tak terhingga diucap dan ditujukan kepada Pak Imam kerana sudi mengajarkan ilmu beliau kepada kami di Melaka ini.

So, lahirlah team multimedia semasa KBM yang lepas. Ana cakap kat Pak Imam, ‘dah macam kilang buat video’ pulak Nampak kat belakang dewan. Dengan 3 buah laptop, 2 buah PC dan berderet deret kamera atas meja production..


Moral of story..

So, alhamdulillah seperti mana yang antum dapat rasakan, di Melaka kini hampir 15 org lebih telah mahir buat video (tak lah sehebat sifu besar dan sifu kecilnya... hehehe). Tapi penglibatan anak anak remaja yang selama ini meraka kata ’takde program utk mereka’ telah mengubah suasana di melaka ini. Sama sama lah kita berdoa agar mereka ini akan terus istiqamah menyumbang tenaga, idea dan kreativiti dalam semua program kita selepas ini. Amin...

Kepada negeri negeri yang ingin mengorak langkah, sila lah... insyaallah kami di Melaka ini sedia bekerjasama membantu apa yang ada didada utk mengembangkan lagi industri ’perfileman’ ini...

Sekadar lontaran pengalaman dan idea..

[+] Read More

KBM Teknik Bukit Piatu

Assalamualaikum…

Sedikit perkongsian dari ana tentang program KBM yang baru berlangsung pada Sabtu & Ahad lepas (5&6 Jan) di Melaka. Program tersebut telah berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Bkt Piatu.

Perserta seramai lebih kurang 280 org dan fasi seramai 30 orang (kebanyakan bekas ahli KBM tahun lepas) dan dibantu oleh tenaga pengendali dari Johor seramai 10 org. (diketuai oleh Pak Lang, Pak Tam, Pak Imam dan jugak Abg Bai. Tak lupa sahabat ana BOB yang tak miss KBM di Melaka walaupun datang dari nun jauh di Perak)

Ana Cuma nak kongsikan sedikit pengamatan dan perasaan gembira melihat response dari ibu bapa serta peserta yang telah mengikuti KBM kali ini. Bak kata Pak Imam, inilah penyertaan ibu bapa paling ramai yang pernah beliau terima. (kalau ada yang masih ingat, peserta paling ramai tahun lepas juga dari Melaka, Sek. Men. Teknik Jasin. Hampir 400 org kalau tak silap ana)

Sekolah ini telah menjalankan KBM buat kali ke 2 selepas siri yang pertama telah berjalan pada bulan Oktober lepas. Mungkin kerana keberkesanan siri yang pertama dahulu menjadi pemangkin kepada kehadiran yang begitu menggalakkan dari ibu bapa kali ini.

Sehingga kerusi tidak mencukupi bagi menampung keseluruhan ibu bapa dan peserta bagi acara penutup sehingga mereka duduk dilantai sahaja. Masyaallah, ana tgk lautan manusi (walaupun sebenarnya dalam dewan yang besar sahaja) pada acara penutup tersebut. Dengan wajah yang berseri seri dan sporting mengikuti arahan Pak Lang, acara penuh imosi tersebut berjalan dengan lancar. Diselitkan dengan doa dan jugak nasihat kepada semua hadirin, ’program KBM ini tak jumpa ditempat lain’ kata seorang bapa.

Pak Imam sampai tak tahu nak ambil gambar siapa sebab ramai sangat yang berimosi untuk ambil gambarnya. Tak menang tangan kalau nak ambil semua peserta yang memeluk dan mencium ibu bapa mereka pada hari tersebut. Kami dari Team Multimedia dari Melaka pun berpuas hati dgn ’latihan’ pertama kami untuk penyediaan bahan multimedia utk dijadikan VCD atau DVD program KBM nanti. (utk makluman, di Melaka kami telah menjalani TOT multimedia dari Pak Imam dan ana sendiri. Dan kami mempunyai hampir 15 org yang boleh membuat video klip). So, kami jadikan KBM yang lepas ini sebagai latihan yang pertama sebelum slot atau tugas ini dikendalikan sepenuhnya oleh orang ’Melaka’ selepas ini.

Dan idea dari Karisma Melaka utk kita buat kutipan Palestin selepas program berjaya mencapai kutipan sebanyak RM967. itu pun secara ad-hoc aje Pak Lang umumkan semasa semua ibu bapa bersalaman dengan kami dan para peserta. Walaupun projek dana Karisma (menjual beberapa barangan) agak tidak berjaya kali ini, tapi semngat mereka utk menjana dana begitu ana kagumi. Lepas ni kena buat TOT bagaimana menjana dana Karisma di Melaka pulak kot.

Dan dari response bapa yang bersalaman dan berpelukan dengan kami, dan majoritinya mendoakan kami dan berterima kasih kepada kami kerana usaha murni ini telah berjaya kami jalankan ke atas anak anak mereka. Dan mereka bersemangat mendoakan agar kami berjaya melaksanakan program sebegini dilain masa dan berharap agar misi malahirkan remaja yang Soleh Wa Musleh akan tercapai suatu hari nanti.

Insyallah 2 minggu lagi (19 & 20 jan ) akan berlangsung KBM siri ke 2 di sekolah Teknik Jasin, dan pada 16 & 17 Feb akan berlangsung pula di sekolah Menengah Muzaffar Syah, ana mewakili ahli JIM Melaka dan semua fasilitator berharap akan ada lagi sambutan dan kejutan yang positif dari para peserta dan ibu bapa. Insyaallah... dan berharap agar ’gangguan’ kepada para peserta pada sesi meniti malam (sehingga ramai fasi dan Pak Lang sendiri tak tidur malam dibuatnya) tidak berulang. Ameen..

Ana mewakili JIM Melaka merakamkan jutaan terima kasih kepada Team KRJ Johor, barisan fasi yang muda muda, ahli JIM Melaka yang turut serta bagi menjayakan KBM kali dan berharap agar kalian semua dikurniakan kesihatan, semangat dan kesungguhan yang tinggi utk menjalan dan menjayakan program KBM ini seperti yang dirangcang. Dan insyaallah kami di Melaka ini sedang berusaha menyediakan barisan pelapis bagi memenuhi kehendak dan permintaan yang tinggi terhadap program yang begitu indah ini. Beri kami sedikit masa lagi....

Sekian perkongsian dari ana...

Gambar dan video akan dikongsi dilain kali... insyaallah.

[+] Read More

Selamat Datang..

Selamat datang ke blog JIM Negeri Melaka.. Blog ini dikendalikan oleh Zairi Suboh, Setiausaha JIM Melaka.

[+] Read More