Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Masa: 1.30 petang
Beberapa fakta menarik mengenai usaha gabungan NGO Islam Johor dalam usaha-usaha kesedaran Palestin:
2. Projek 5G (Gerak Gempur Gaza Gaza Gaza) telah digerakkan di seluruh negeri Johor dengan objektif berikut:
- Mengajak rakyat Malaysia, terutama umat Islam, sama-sama berkongsi perasaan dan keprihatinan dengan umat Palestin semasa waktu kesengsaraan mereka – bagai satu jasad yang satu, apabila sesuatu anggota yang sakit, anggota lain juga sama-sama berjaga malam lantaran merasakan kesakitan tersebut.
- Menyampaikan maklumat dan analisis yang tepat dan betul dalam kes Palestin keseluruhannya dan Gaza khususnya, bagi menangkis propaganda yang dihamburkan oleh pihak Zionis dan penyokong mereka.
- Mengajak rakyat Malaysia melakukan sesuatu, dan sesuatu yang praktikal dan efektif, bagi membantu rakyat Palestin.
- Menekankan peri pentingnya hubungan dengan ALlah dalam menghadapi tentangan manusia, dengan mengaitkan dengan keadaan di Palestin.
4. Satu program khas telah dilaksanakan untuk ahli-ahli Gabungan NGO Islam Johor bagi menggembleng mereka untuk bersama dalam usaha-usaha kesedaran terhadap isu Palestin.
Sekian.
-WaN aM-
Pegawai Eksekutif Penerangan JIM Pusat
No comments:
Post a Comment