Wednesday, February 27, 2008

Palestin: Kepentingannya Kepada Umat Islam!

Palestin adalah salah satu identiti umat Islam. Setiap muslim mempunyai peranan yang besar terhadap bumi Palestin dan rakyatnya. Umat Islam daripada seluruh dunia mesti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

1. Palestin dari segi keimanan:

Kepentingan bumi Palestin dalam kepercayaan Islam (Islamic Faith) telah dibuktikan di banyak tempat dalam al-Quran dan hadis. Kepentingan terbesar ialah kerana di sana terdapatnya Baitul Maqdis, tempat paling suci selain bumi Hijaz (Mekah dan Madinah). Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock,kedua-duanya dibina di tanah Baitul Maqdis.Baitul-Maqdis di Palestin adalah pusat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebut :-

Maha Suci Dia (Allah) yang telah mengisrakan hambaNya (Muhammad SAW) dimalam hari daripada Masjidil haram (di Mekah) ke MasjidilAqsa yang Kami (Allah) telah berkatinya…. (Al-Isra’:1)

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina selepas Masjidil Haram di Mekah. Dalam sebuah hadis, Abu Zar berkata:

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina dimuka bumi ini. Baginda menjawab Masjidil Haram;. Kemudian aku bertanya lagi ;kemudian, masjid apa..?; Baginda menjawab:

Masjidil Aqsa;. Aku bertanya lagi: Berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut. Baginda Rasulullah menjawab: 40 tahun. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Baitul Maqdis di Palestin merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam mengadap Baitul Maqdis pada masa keseluruhan Period Mekah (selama 13 tahun, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah) dan 16 bulan kemudiannya selama berada di Madinah. Kemudiannya Allah telah mengarahkan untuk mengadap Kaabah di Mekah.

Melakukan solat di Masjidil Aqsa adalah sama dengan 500 kali solat di tempat lain selain Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)


Selain daripada itu, terdapat lagi beberapa ayat dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan tentang pentingnya bumi Baitul Maqdis dalam Islam serta Allah memberkati bumi disekelilingnya.

Ayat-ayat Al-Quran dan Hadis banyak menerangkan tentang bumi Palestin yang diberkati sehinggakan sahabat-sahabat Rasulullah SAW amat mencintai bumi ini. Saidina Umar ibn Al-Khattab r.a semasa pertama kali memasuki wilayah ini telah
mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah sebahagian daripada tanah waqaf dan hak milik umat Islam sehingga ke generasi terkemudian.

Setelah mengkaji ayat-ayat al-Quran, hadis, dan tindakan para sahabat, maka tiada siapa yang sihat fikirannya boleh menafikan bahawa Palestin adalah bumi suci dan diberkati. Ia adalah bumi yang terlalu penting kepada setiap muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT.

2. Palestin dalam Sejarah Islam

Bumi Palestin mengandungi sejarah ketamadunan Islam sejak daripada Nabi yang pertama, Adam Alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para anbiya (nabi-nabi) yang telah diutuskan untuk menyampaikan mesej Islam, maka ia tidak sepatutnya ditadbir oleh orang lain selain daripada sesiapa yang membawa mesej Islam dan melaksanakan segala peraturan dan tuntutannya.

Masjidil Aqsa adalah masjid kedua yang dibina, 40 tahun setelah pembinaan masjidil haram di Mekah.

Ia adalah tanah suci dimana ramai para Nabi dan Rasul telah dilahir serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut,Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa. Semasa Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mentadbir negara Islam di Palestin berdasarkan hukum Allah SWT, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan kebenaran serta membantah hukum Allah, maka mereka telah dihukum oleh Allah termasuk dihalau daripada bumi Palestin. Ini semua diceritakan dalam Bible dan Al-Quran.

Baitul Maqdis adalah bumi berlakunya Isra’ Mikraj terhadap Rasulullah SAW semasa period Makkiyyah.

Palestin telah berjaya dibawa ke naungan pentadbiran Islam semasa zaman Umar al-Khattab. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang baru ini, tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum daripada itu hidup di bawah kekuasaan Byzantine yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan Byzantine turut menindas penganut Kristian Palestin kerana mereka bermazhab atau berfahaman lain daripada mazhab yang dianuti oleh kerajaan
Byzantine. Walau bagaimanapun Islam tetap menjanjikan kebebasan dan keadilan
kepada semua agama.

Tahun 1099 masehi:

Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.


Tahun 1187:

Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.


Tahun 1917:

Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestine adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu tu, orang Yahudi hanya merupakan 8% daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% tanah bumi Palestin.


Tahun 1918 :

British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan kerajaan Khalifah Othmaniyyah.

British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.


Tahun 1948:

Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.


Tahun 1967:

Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertaman kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam Jadi mereka ingin sangat untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

Berdasarkan kepada sejarah Islam dan kepentingannya daripada segi keimanan, dan setelah kegagalan semua kaedah yang tidak Islamik untuk membebaskan tanahair Palestin daripada penjajahan Israel, maka penyelesaian secara Islam ialah kebangkitan semula Islam (re-emerging).


Ia merupakan kaedah yang paling kuat serta popular untuk pembebasan tanah yang dijajah ini. Islam ialah agama keamanan. Hanya Islam menawarkan kehormatan kepada semua agama yang diturunkan dari langit kerana ia mengiktiraf semua nabi-nabi sejak dari Adam sampai Muhammad SAW. Hanya Islam percaya yang semua nabi dan Rasul membawa mesej yang sama, jadi semua manusia layak menikmati kebebasan untuk beribadat tanpa tekanan dan penindasan.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa hanya Islam layak mengambalikan keamanan, keselamatan dan kebebasan di bumi suci Palestin kepada semua manusia.

Sumber : www.massej.info

[+] Read More

Wednesday, February 20, 2008

Islam Perlu Disampaikan

Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Meneliti nota lama Januari lepas, catitan sebulan sudah. Ada nota dari satu perjumpaan yang bermakna.

Antara isinya adalah:

  • Seruan sesetengah kita yang Muslim kepada yang bukan Muslim: “Jangan main-main dengan Islam!“. Nadanya bagaimana itu? Ada keras dan tidak diplomatik. Menakutkan. Ada Islamophobia.
  • Matlamat kita adalah memperlihatkan ISLAM itu adalah PELINDUNG semua MANUSIA serta alam sekitar. Mengapa mesti bengis?
  • Antara skop Islam adalah - melindungi orang Islam - melindungi orang bukan Islam - melindungi alam sekitar.
  • Senario kini: mesej yang sampai kepada bukan Islam adalah celaru sebab Muslim turut melakukan perkara haram dan keji. Bagaimana mungkin masyarakat bukan Islam bisa melihat ini?

Wallahu’alam

Admin


[+] Read More

Tuesday, February 12, 2008

Hadis 1: Niat & Intipatinya

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. - Riwayat Dua imam Muhaddisin - Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.

Latar Belakang hadis:

Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

Hadis ini adalah antara hadis yang terpenting dalam Islam.

Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis):
  1. Hadis 1: telah dinyatakan di atas.
  2. Hadis 5: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang tidak ada dalam urusan kita (Islam) maka dia tertolak”
  3. Hadis 6: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Antara keduanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh ramai manusia…”

Ketiga-tiga hadis ini telah diperakui oleh Bukhari dan Muslim. Kesemuanya menggariskan 3 ciri kriteria bagi membantu Muslim menilai dan menyemak apa yang telah mereka lakukan dan apa yang mereka katakan sebagai ibadah dalam kehidupan seharian:

  1. Hadith 1 - untuk menilai dan meneliti tindakan dalaman diri (iaitu tindakan hati).
  2. Hadith 5 - untuk menilai dan meneliti tindakan luaran diri (actions of the limbs).
  3. Hadith 6 - untuk menilai dan meneliti tindakan berurusan atau muamalat diri ketika berinteraksi dengan khalayak.
Niat (gerak hati ataupun lintasan dalam hati) mempunyai 2 maksud:
  1. Gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah (contohnya solat).
  2. Keinginan.

Maksud kedua (2.) daripada niat inilah ynag ingin disampaikan melalui hadis ini.

———————————-

Pengajaran Hadis

Nabi Muhammad Rasul Utusan Allah telah memberi isyarat dengan mementingkan hadis ini iaitu hadis yang berprinsip bahawa Kelakuan itu akan dinilai dengan niat atau gerak hatinya. Dan telah pun memberi bersama 3 contoh. Inilah metodologi yang digunakan Rasulullah. Contoh diberi untuk membantu memahami prinsip. Maka dengan itu, manusia lain boleh memahami dengan mudah dan senang pula mengamalkannya dalam apa jua keadaan.

Tiga contoh dalam hadis ini ditunjukkan yang mengandungi niat baik itu adalah berhijrah dan berubah semata-mata kerana Allah dan RasulNya beserta dua lagi contoh niat yang buruk iaitu berhijrah dan berubah hanya semata faedah dunia dan hanya kerana sebuah perkahwinan dan perempuan.

Hadis ini merujuk kepada ikhlas (keikhlasan - benar dan jujur semata kerana Allah sahaja, melakukan perbuatan sepenuhnya kerana Allah samada ada yang menyaksikan atau tidak melainkan yang bersaksi hanya Allah semata). Ikhlas adalah satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. Syarat yang lain yang mesti dituruti adalah tindakan atau perbuatan itu mesti menepati Syariah seperti yang diterangkan dalam hadis kelima.

Ikhlas dapat dilihat dalam lafaz syahadah:

  • “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” itu adalah ikhlas - memastikan yang kita melakukan setiap perkara itu kerana Allah dan hanya kerana Allah.
  • “Aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah” - Sunnah Rasulullah itu adalah manifestasi daripada Quran - Rasul itu adalah contoh ikutan, qudwah atau model idola terbaik untuk diikuti. Berdasarkan Sunnah baginda dalam ibadah kita seharian, Akhlaq (etika), dan Muamalat (dealings) memastikan kita bertindak mengikut syariat.

Oleh itu, syahadah menunjukkan kita terdapat syarat dalam berbuat kebaikan atau melakukan tindakan: (a) ia mesti dilakukan semata kerana Allah sebab hanya Allah yang layak disembah dan dipuja, dan (b) tindakan itu mesti selaras dengan Syariah.

Bagi mencapai ikhlas, kita perlu terhindar dari syirik (iaitu sekutukan Allah dengan benda atau makhluk lain, yang akan menyebabkan kita tidak ikhlas). Al-Imam al-Harawi berkata punca tidak ikhlas (atau syirik) adalah pentingkan diri atau mengikut hawa nafsu. Untuk itu, bagi mencapai ikhlas tiada tindakan boleh dibuat atas kehendak sendiri.

Imam al-Harawi menyatakan terdapat 7 jenis self-desires:-

  1. Untuk memperlihatkan dirinya baik di hati orang lain.
  2. Untuk mencari puji-pujian dari orang lain.
  3. Untuk mengelak dari dihina orang lain.
  4. Untuk mendapat kemegahan daripada orang lain.
  5. Untuk cuba dapatkan duit dan harta dari orang lain.
  6. Untuk mencari kecintaan daripada orang lain.
  7. To seek the help of others for oneself

Cara-cara untuk mendapatkan ikhlas:

  • Lakukan perkara kebaikan - semakin banyak perkara baik yang kita lakukan, semakin dekat kita dengan Allah, juga semakin ikhlas kita nanti.
  • Sebelum melakukan sesuatu kebaikan atau sesuatu perkara, terlebih baik kita mendapatkan ilmu pengetahuan tentang apa yang akan kita lakukan - tindakan kita atau kebaikan seharusnya dipandu dan disandarkan kepada ilmu pengetahuan yang sahih, maka dengan dengan itu dapat kita sejajarkan dengan Syariah.
  • Jangan diberi tanggapan yang salah - bermakna tidak membuat orang lain percaya bahawa tindakan salah kita adalah sesuatu yang baik. Perkara yang baik tetap baik, perkara yang salah tetap salah perlu disampaikan sebenarnya.
  • Al-Imam Ahmad berkata: Sebelum kamu melakukan sesuatu, periksa niat (tujuan hati) - tanyakan diri kamu sebelum kamu melakukan aksi perbuatan kamu: “Adakah ini semata untuk Allah?”

Ibnu al-Qayyim berkata: Any action we do is subject to three defects:

  1. Sedar diperhatikan oleh orang lain apabila melakukan perbuatan baik.
  2. Mengharap balasan atau ganjaran daripada (benefit/reward) perbuatannya.
  3. Merasa cukup dan puas dengan kebaikan yang dilakukan.

Examples:

  • If we go to the masjid for the salah and we are early, arriving before the Imam and finding a place in the first saff, we should not be proud of ourselves and think of ourselves being better than others. We should praise Allah for enabling us to go to the masjid and for being able to perform the salah without any difficulties.
  • After every salah, we should tell ourselves that we could have performed it better and try to improve in our next salah.

Apa yang akan berlaku apabila kita menukar niat baik semasa melakukan sesuatu perbuatan baik kepada perbuatan yang lain? Ibn Rajab berkata menurut ulama jika niatnya yang di akhir pekerjaannya itu sama dengan niatnya pada permulaan pekerjaan, maka sebarang pertukaran semasa kerjanya, itu tiada masalah, inysaAllah. Namun, jika niat di akhir itu tidak sama dengan niatnya di awal tadi dan berbuat dengan niat selain kerana Allah, maka kita mestilah bertaubat.

Terdapat 4 perkara yang bercanggah dengan ikhlas:

  1. Ma’siat - terlibat dengan dosa - ini akan melemahkan ikhlas.
  2. Syirik - sekutukan Allah.
  3. Riya’ - melakukan ibadah dengan keinginan menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
  4. Nifaq - hipokrit.

Kita mesti memastikan tujuan perbuatan kita tidak lari daripada ikhlas. Terdapat juga tindakan yang secara langsung dikira sebagai niat yang baik. Sebagai contoh, mempelajari ilmu Islam, menolong masyarakat, berdakwah ilallah, dan seumpamanya.

Beberapa hukum yang dapat dikeluarkan oleh ulama berkenaan hadis ini:

  • Apabila ada orang ‘bersumpah dengan nama Allah’ dengan mengatakan “Wallahi” dengan selalu, niat dan tujuan mereka itu sebenarnya bukanlah semata kerana Allah tetapi ia disebabkan oleh kebiasaannya yang selalu bersumpah dikhalayak. Itu sesuatu yang buruk. Begitupun, seorang Muslim itu seharusnya cuba meminimakan perlakuan itu.
  • Apabila seseorang diminta untuk bersumpah, apa yang direkodkan disisi Allah adalah niat sumpahannya itu.
  • There can be a combination of intentions between performing an ibadah and teaching others - we perform an ibadah sallallahu ‘alayhi wasallam, performed the Hajj, he did it for the sake of Allah as well as for teaching the Sahabah (his companions, may Allah be pleased with them all).
  • A man may go through the process of divorcing his wife, verbally or in court, but it is his intention which counts.
  • Apa yang diamati daripada ghibah (umpat - berkata buruk terhadap seseorang yang tiada bersama, tetapi perkara yang disebutkan itu benar) ianya boleh semudahnya menjadi gurauan ataupun do’a. Jika seseorang berkata buruk tentang seseorang yang lain, itu adalah niatnya, daripada itu akan ditentukan samada ianya ghibah atau tidak.

Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

[+] Read More

Saturday, February 2, 2008

Anak Orang, Anak Kita












Anak anak yg terlibat mengedarkan risalah Selamat Adik Sharlini..











Ahli keluarga JIM juga turut sama turun padang..











Si kecil (Salahuddin) sedang mengedarkan risalah

Program edaran risalah Selamatkan Sharlini di Melaka Sentral pada 5 Januari 2008. Seramai 4 keluarga dengan seramai hampir 30 orang telah turut serta menjayakan program yang dianjurkan selari dengan kempen Wanita Pusat mencari adik Sharlini sehingga dapat.

[+] Read More