Monday, September 22, 2008

Laporan 3R - Keindahan BersamaMu Ramadhan

Tarikh: 20-21 September 2008
Tempat: Masjid Selat, Bandar Hilir, Melaka
Program: 3R - Raikan Ramadhan (Keindahan BersamaMu Ramadhan)
Jumlah Peserta: 75 orang (Lelaki & Perempuan)
Fasilitator: UTeM, UiTM, etc.
Pengendali: Norazmi Mat Noh (Pak Long), Hanuar Talib (Bang Long), Kamariah Tomiran (Ummi), Zairi Suboh (Bang Lang), Suriyati Yusof (Mak Sue).
Peserta dari: Sek. Men. Munshi Abdullah, Sek. Men. Sains Muzaffar Syah, Sek. Men. Teknik Melaka Tengah, Sek. Men. Teknik Jasin, Sek. Keb. Air Molek dll.

Penganjuran 3R - Remaja Raikan Ramadhan (yang ke-5) pada kali ini bertemakan Keindahan BersamaMu Ramadhan yang mana telah memuatkan pengisian pendekatan pancaindera (video-tainment). Peserta juga telah didedahkan dengan teknik bertadarus dan bertadabbur bersama Al Quran (Surah Al Mukminun) yang sebenar serta penekanan bahawa do’a adalah senjata orang yang menuntut ilmu.

Selain itu, terdapat juga aktiviti senario sebenar (Real-Practices) dalam slot Kembara Ramadhan - peserta secara sendiri turun ke masyarakat dalam usaha memahami konsep dakwah di sekitar Bandar Melaka (Mahkota Parade & Dataran Pahlawan). Sesungguhnya, usaha kerdil di atas adalah nilai tambah kepada pendidikan dan pembelajaran mereka dalam bidang ilmu di institusi persekolahan biasa.

Ringkasnya dirumuskan, jika mahu Allah bercakap dengan kita, bacalah Al Quran, dan jika mahu bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat. Kerahmatan jua lah yang diharapkan dari segala usaha ini. Ameen.

Pengisian 3R

Slot Taaruf aka Knowing Me Knowing You (KMKY) – sedikit hambar akibat sudah lama tidak berprogram KBM. Kendalian Bang Lang tapi dihangatkan oleh Bang Long.

Slot KBQ – Keindahan BersamaMu Al Quran – tadarus dan tadabbur 30 minit pada surah Al Mukminun. Kendalian Pak Long yang dimulakan terlebih dahulu dengan slaid Peranan Pelajar dan pelbagai kisah menarik – galakan kepada peserta membeli Al Quran terjemahan.

Slot Keindahan BersamaMu Qiamullail – Surah Ali Imran ayat 190-191 sebagai

Majlis Penutup 3R 2008

Dihadiri:

· YB Tuan Haji Ghazale bin Haji Muhammad - Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM),
· Ustaz Johari bin Yusof – Pengarah Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku (RKSK), Jabatan Ketua Menteri Melaka,
· dan rakan-rakan dari In Person Training yang mengendalikan Kem Selusuri Sirah Rasulullah.

Perasmian Penutup 3R disekalikan dengan Perasmian Pembukaan Kem Selusuri Sirah kendalian In Person Training.

Ustaz Johari bin Yusof – awalnya 3R dan Kem Selusuri Sirah ingin digabungkan, tetapi memandangkan sasaran peserta dan gaya persembahan program juga berbeza, keduanya terpaksa diasingkan.

Program kerjasama JIM dan RKSK telah berlaku untuk kali yang keempat (4). RKSK dan MAIM berminat untuk teruskan kerjasama dengan JIM pada program seumpama 3R pada tahun-tahun yang akan datang. – kredit Ustaz Johari & YB Haji Ghazale.

NGO Islam perlu lebih proaktif merebut peluang membantu dan mengisi kekosongan aktiviti di negeri Melaka di samping kreatif dan inovatif dari segi kaedah berdakwah.

Disediakan oleh,
Mohammad Fauzan bin Md Ibrahim
JK Penerangan
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Negeri Melaka
22hb September 2008

[+] Read More

Sunday, September 14, 2008

JIM Melaka Edar Kurma - Sept 2008



[+] Read More