Wednesday, February 25, 2009

ISA Bersifat Zalim Bukan Pemulihan

ISA Bersifat Zalim Bukan Pemulihan

24 Februari 2009

1. Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam Forum Bicara Tokoh seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar bertarikh 24 Februari 2009 bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan satu pendekatan pemulihan akhlak dan bukan berbentuk hukuman adalah satu kenyataan bohong.

2. Manakala luahan oleh dua orang bekas tahanan ISA iaitu Zabidi Mohamad, bekas Ahli Arqam dan Faiz Abu Bakar Bafana seorang ahli Jemaah Islamiyyah dalam majlis yang sama lebih merupakan luahan akibat daripada ‘brainwash’ dan tekanan yang berterusan oleh anggota Cawangan Khas untuk meyakinkan mereka bahawa sifat ‘pemulihan’ ISA lebih ringan di banding hukuman di bawah undang-undang lain. Ia juga untuk meyakinkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar dan diberikan peluang kembali ke pangkal jalan. Dalam konteks ini, soalan paling asas yang perlu ditanya ialah apakah kesalahan mereka dan apakah bukti mereka melakukan kesalahan tersebut? Apakah benar pengakuan mereka selepas didesak dan didera berhari-hari?

ISA Mencabul Hak Asasi dan Menghukum Tanpa Bicara

3. Apakah membelasah tahanan separuh mati dan memenjarakan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa perbicaraan dan tanpa bukti termasuk dalam pendekatan pemulihan akhlak? Apakah menyoal siasat mereka selama berhari-hari tanpa tidur yang mencukupi sebahagian daripada pemulihan? Apakah mendesak mereka membuat kenyataan dan pengakuan palsu juga kaedah pemulihan akhlak? Apakah memisahkan isteri dan anak-anak dari mereka serta memecahbelahkan rumah tangga termasuk dalam tafsir pemulihan akhlak? Apakah kemasukan anak-anak mereka ke dalam wad psikiatri akibat sakit jiwa bukan satu penganiayaan? Apakah ini juga sebahagian daripada pendekatan pemulihan akhlak? Sila nafikan jika perkara ini semua tidak berlaku di bawah ISA.

4. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berkali-kali menegaskan bahawa ISA adalah satu akta yang membenarkan penahanan tanpa had dan tanpa sebarang perbicaraan. Ia bukan saja mencabul hak asasi mangsanya, tetapi turut menganiaya ke semua pihak yang ada pertalian keluarga dengan mangsa tersebut.

5. GMI tetap berpegang kepada prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat bahawa sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah mestilah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di hadapan hakim yang berwibawa dan disertakan bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong pertuduhan tersebut.


Kuasa mutlak dan kabur ISA

6. Sejak ISA diperkenalkan pada tahun 1960 dan setelah melalui pelbagai proses pindaan, namun ia masih tetap mengekalkan ciri utama iaitu tahan tanpa bicara dan pemberian kuasa yang mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan, menghukum, melanjutkan atau membebaskan mangsa ISA. Contohnya dalam kes penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pada September 2008. Beliau ditahan di bawah ISA kerana Menteri Dalam Negeri ingin menjaga keselamatan beliau. Begitu juga dengan kes Raja Petra Kamaruddin dan Teresa Kok yang diselubungi misteri akan sebab musabab mereka ditahan ISA. Aktivis reformasi ditahan pada tahun 2001 dengan tuduhan yang sangat berat iaitu mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan dengan menggunakan bahan letupan, molotov cocktail dan pelancar roket! Sehingga ke hari ini, bukti tersebut tidak pernah dikemukakan.

7. GMI juga mengambil berat pelbagai kes penyeksaan yang diadu oleh tahanan ISA ketika menjalani siasatan 60 hari pertama di bawah Seksyen 73 dalam Pusat Tahanan Reman Polis. Tahanan mendakwa mereka dibogelkan, dipukul dengan objek keras, diberi makanan yang sudah basi dan bermacam-macam lagi seperti yang dilaporkan dalam kes perbicaraan saman Malek Hussin yang telah memenangi kesnya di mahkamah pada tahun 2007.

8. Tahanan ISA masih terpaksa melalui proses penyiasatan yang dilakukan oleh polis ketika dihantar untuk menjalani apa yang dikatakan proses pemulihan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting (Kemta). Contohnya bekas tahanan ISA Sanjeev Kumar yang ditahan pada awal tahun 2008 telah lumpuh beberapa bulan beliau dihantar ke Kemta. Setakat ini, ada tahanan ISA yang telah ditahan tanpa pernah dibawa ke mahkamah melebihi 7 tahun lamanya. Dr Abdullah bin Daud, seorang bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan, telah ditahan sejak Disember 2001 hingga kini. Bagaimanakah nasib anak-isteri yang ditinggalkan oleh beliau?

ISA Menganiaya Tahanan dan Keluarga


9. Kenyataan ini tidak lengkap jika tidak disertakan dengan pelbagai kisah kesukaran ibubapa, isteri dan anak-anak mangsa ISA. Isteri terpaksa menggalas tugas sebagai ibu dan bapa pada anak-anak. Selain terpaksa bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga, isteri terpaksa bermusafir beratus kilometer dari tempat kediaman mereka ke Kemta untuk bertemu suami. Isteri juga menghadapi pelbagai gangguan mental dan fizikal daripada polis cawangan khas (Special Branch) yang dibayar khas untuk memastikan mangsa ISA dan keluarga mereka akan berdiam diri dan menyembunyikan segala pengalaman buruk mereka sebagai mangsa ISA.

10. GMI juga telah dimaklumkan terdapat empat orang tahanan ISA yang telah bercerai dengan isteri masing-masing ketika mereka masih dalam tahanan. Bukan setakat perceraian, ada anak-anak tahanan ISA yang telah disahkan menghadapi masalah mental dan masih mendapatkan rawatan psikiatri disebabkan tidak mendapat bimbingan dan kasih sayang daripada seorang bapa dalam jangkamasa yang terlalu lama.

11. GMI ingin mengulangi bahawa SUHAKAM, sebuah badan hak asasi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk menjaga hak asasi rakyat Malaysia, telah mengesyorkan sejak 2003 lagi supaya ISA dimansuhkan dengan segera kerana penggunaannya telah terbukti mencabul hak asasi manusia dan lebih memudaratkan dari membawa kebaikan kepada mangsanya.

ISA Zalim dan Kejam

12. Berdasarkan fakta di atas, GMI berpendirian bahawa penggunaan ISA lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyeksaan kepada orang yang dijadikan mangsanya berbandingkan dengan propaganda bahawa akta itu adalah untuk tujuan pencegahan dan pemulihan semata-mata. Tan Sri Ismail Omar perlu menyemak faktanya dan dua bekas tahanan itu perlu memberikan pendapat seadilnya berdasarkan fakta yang lebih lengkap.

13. Kesimpulannya, ISA bersifat sangat zalim dan kejam. Kepentingan rakyat dan negara amat penting dijaga tetapi bukan dengan jalan menyeksa, menganiaya dan mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa bicara. Langkah pencegahan mesti berjalan seiring dengan usaha untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan ketelusan.

14. Sebagai orang Islam, kita diingatkan akan ayat-ayat Qur’an dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.

15. Kezaliman akta ISA bukan saja ditolak oleh Islam, tetapi juga oleh semua agama yang ada di Malaysia . Justeru, GMI masih dengan pendirian bahawa ISA mesti dimansuhkan dan Kem Kamunting perlu segera ditutup.

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta!

[+] Read More

Monday, February 16, 2009

Jualan Al Quran Terjemah JIM Melaka

JIM Melaka dibawah kelolaan JIM IPT

Menjual Al Quran Terjemah

terbitan:
Darul Iman
Setapak Kuala Lumpur

tulisan:
Rasm Uthmani

dengan HARGA MURAH iaitu

RM30/=

Saiz:
Kecil, Bergaya, Mudah, Praktikal

BELI untuk DIRI SENDIRI @ HADIAH kepada keluarga dan sahabat

hubungi Fauzan Ibrahim 012 3367369 untuk pembelian

penghantaran hanya dalam negeri Melaka

KEMPEN: 1 Hari 1 Ayat dihafaz


[+] Read More

Friday, February 13, 2009

Islam, Mesti Disampaikan Bukan Dimomokkan!


Assalamu’alaikum wa rahmatullah

Meneliti nota hati kita yang sebenar, intipati ajaran Nabi Muhammad, perhatikan nota yang patut ada dalam hati kita...

Antara intinya adalah:

  • Seruan sesetengah kita yang Muslim kepada yang bukan Muslim: “Jangan main-main dengan Islam!“. Nadanya bagaimana itu? Ada keras dan tidak diplomatik. Menakutkan. Ada Islamophobia.
  • Matlamat kita adalah memperlihatkan ISLAM itu adalah PELINDUNG semua MANUSIA serta alam sekitar. Mengapa mesti bengis?
  • Antara skop Islam adalah - melindungi orang Islam - melindungi orang bukan Islam - melindungi alam sekitar.
  • Senario kini: mesej yang sampai kepada bukan Islam adalah celaru sebab Muslim turut melakukan perkara haram dan keji. Bagaimana mungkin masyarakat bukan Islam bisa melihat ini?
Wallahualam

[+] Read More

Tuesday, February 10, 2009

Kenyataan Media JIM: Selesaikan Kemelut Politik Perak Dengan Segera

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Selasa 10 Februari 2009

Selesaikan Kemelut Politik Perak dengan Segera

Kemelut Politik di Perak semakin meruncing. Perak kini mempunyai “dua” Menteri Besar. Masing-masing berhujah dengan Undang-undang.. Sebelum kemelut politik ini menjadi lebih memuncak dengan kemarahan di jalan-jalanraya, kemurkaan melucutkan pangkat dan gelaran atau kebengisan menggunakan ISA, JIM menyeru semua pihak untuk mengambil langkah-langkah penyelesaian berdasarkan lunas undang-undang dan perundingan.

JIM menyeru kedua-dua belah pihak untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Perak dengan menyelesaikan isu ini dengan baik dan segera. JIM menggesa kedua-dua belah pihak segera bertemu, berbincang dan mencari langkah-langkah penyelesaian.

JIM mencadangkan perbincangan yang akan diadakan bersetuju untuk:

1. menyelesaikan kemelut ini melalui rundingan;

2. mengisytiharkan “gencatan senjata” dengan menghentikan acuman (agitation) di peringkat akar umbi, berhenti membuat laporan-laporan kepada polis, memberhentikan perbalahan melalui media massa;

3. menjaga status dan martabat institusi raja dengan tidak mengheret pihak istana di dalam pertikaian ini;

4. menyelesaikan kesahihan pendirian masing-masing dengan merujuk kepada Undang-undang. Jika perbincangan pakar undang-undang kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat, perkara ini bolehlah dirujukkan kepada mahkamah;

5. Jika dirujuk kepada mahkamah, persetujuan harus dibuat tentang pemerintahan negeri Perak sebelum mahkamah memberikan keputusan;

6. membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan piliharaya peringkat negeri Perak diadakan. Ini mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan. Mungkin juga ini adalah jalan yang paling cepat dan muktamad.

JIM berharap pemimpin-pemimpin politik Barisan dan Pakatan dapat mengangkat diri mereka menjadi negarawan dan menyelesaikan kemelut ini dengan segera.

Zaid Kamaruddin
Presiden

English - Press Read More



MEDIA STATEMENT
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Tuesday, 10 Februari 2009

End the Perak Political Stand-off Now

The political stand-off in Perak is coming to a head. Perak now have “two” Chief Ministers. Both claimed to be legally instituted. Before this political stand-off degenerate into angers in the streets, cancellation of awards and titles or blatant use of the ISA, JIM calls upon all parties to resolve this issue according to the Constitution and through negotiation.

JIM calls upon both parties to do their best for the people of Perak by resolving this issue amicably and quickly. JIM urges both parties to meet soonest to dicuss an agreable approach.

JIM proposes that the meeting agrees:

1. to resolve this political stand-off through negotiation;

2. to declare a cessation of hostilities; stopping agitation at grass-root level, stop making police reports and stopping media offensives;

3. to preserve and uphold the status of the Sultan by not dragging in the palace;

4. to resolve the legitimacy of both claims by refering to the Constitution and Laws of Malaysia. If the discussion involving legal experts from both parties cannot come to an agreement, the matter may be referred to the courts;

5. if the matter is referred to the courts, an agreement had to be strucked on the running of the state until the court makes its judgement;

6. to disolve the Dewan Undangan Negeri thus enabling a state election be conducted. This allows the rakyat to exercise their right to make their choice of government. This is the quickest and indisputable way out.

JIM wishes that our political leaders in Barisan and Pakatan rise to be statesmen and resolve this stand-off quickly.

Zaid Kamaruddin
President

[+] Read More

Monday, February 9, 2009

Ceramah Palestin dalam Waktu Terdekat


Assalamualaikum

Penerangan Isu Terkini Palestin di Hospital Besar Melaka & Masjid Tangga Batu pada ketetapan dibawah:

Tempat: Dewan Hospital Besar Melaka
Tarikh: 27 Feb 09 (Jumaat)
Masa: 3-5 petang
Jualan: Button Badge, Mafla & pelbagai
---------------------------------------------

SEMUA DIJEMPUT HADIR
BAWA DUIT SUMBANGAN, KUTIPAN KEPADA PALESTIN AKAN DIADAKAN

[+] Read More

Sunday, February 8, 2009

Jemputan Terbuka - Penerangan Isu Palestin


Assalamualaikum wrt. wbt.

Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Badan Kerajaan, Swasta dan Professional
Seluruh Negeri Melaka

Tuan,

CERAMAH ISU-ISU TERKINI PALESTIN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah salah sebuah NGO Islam yang memainkan peranan aktif dalam memberikan kesedaran dan penerangan terhadap isu-isu yang berkaitan Palestin dan kekejaman Israel. Menyelamatkan bumi Palestin ini adalah satu isu yang besar dan perlu digembeling oleh semua lapisan masyarakat.

Oleh yang demikian, kami ingin memaklumkan bahawa JIM Negeri Melaka telah menyediakan beberapa orang penceramah yang terlatih bagi memberi penerangan berkenaan isu ummat ini.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak badan kerajaan, swasta serta professional, masjid/surau atau kawasan kejiranan tuan dapat memanggil atau menjemput kami serta memberi peluang kepada kami berkongsi maklumat berkenaan isu tersebut tanpa sebarang bayaran.

Kutipan tabung Palestin juga akan dilaksanakan semasa ceramah berlangsung.

Sekiranya pihak tuan sudi untuk menjemput kami, sila hubungi En. Fauzi Janal ditalian 013-6140215 atau En. Fauzan Ibrahim ditalian 012-3367369 bagi menetapkan tarikh ceramah dan urusan logistik.

Kami berharap agar usaha yang sedikit ini akan memberikan satu impak yang maksima kepada masyarakat dan diberkati oleh Allah s.w.t

Sekian terima kasih,

'BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT'

.............................
ZAIRI BIN SUBOH
Setiausaha
JIM Negeri Melaka

[+] Read More

Saturday, February 7, 2009

Kutipan Sumbangan Palestin - Masjid Bukit Katil

Salam.. Untuk kutipan di Masjid Bukit Katil RM1300. Ceramah duet oleh YDP & SU JIM Negeri Melaka pada 4 Feb 09.

Terima kasih kepada warga Masjid Bukit Katil kerana telah menyumbang jumlah yang banyak. hanya Allah bisa membalas segala jasa baik.

  • YDP JIM Melaka - Tuan Haji Norazmi Mat Noh, Pengurus Kanan Petronas Sungai Udang Melaka.
  • Setiausaha JIM Melaka - Zairi Suboh - Aktivis Remaja dan Palestin

Keduanya ada autoriti memberikan penerangan terkini berkenaan Palestin dan isu seputarnya.

JIM Melaka turut membariskan lain-lain tenaga penceramah yang bergiat sekitar Melaka, iaitu:
  • Hanuar Talib - 0137294850
  • Dr. Maimunah Fadzil
  • Zairi Suboh -014 2305654
  • dan ramai lagi
Kepada yang berminat untuk memanggil mereka di atas, boleh membuat jemputan kepada pihak kami di talian, Fauzan Ibrahim 0123367369 atau melalui saudara Hanuar Talib 0137294850

[+] Read More

Tuesday, February 3, 2009

Penyerahan Sumbangan Palestin Rakyat Johor kepada JKPA JIM Pusat


Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Masa: 1.30 petang

Penyerahan cek sumbangan Palestin Rakyat Johor sebanyak RM150K daripada Yang Dipertua JIM Johor, Akh Ainullotfi Abdul Latif (kiri), wakil Gabungan NGO Islam Johor kepada wakil JK Perhubungan Antarabangsa JIM Pusat, Akh Mohd Nasir Tampol

Beberapa fakta menarik mengenai usaha gabungan NGO Islam Johor dalam usaha-usaha kesedaran Palestin:

1. Gabungan NGO Islam Johor telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu Palestin sejurus serangan Israel ke atas Gaza pada penghujung Disember 2008.

2. Projek 5G (Gerak Gempur Gaza Gaza Gaza) telah digerakkan di seluruh negeri Johor dengan objektif berikut:
  • Mengajak rakyat Malaysia, terutama umat Islam, sama-sama berkongsi perasaan dan keprihatinan dengan umat Palestin semasa waktu kesengsaraan mereka – bagai satu jasad yang satu, apabila sesuatu anggota yang sakit, anggota lain juga sama-sama berjaga malam lantaran merasakan kesakitan tersebut.
  • Menyampaikan maklumat dan analisis yang tepat dan betul dalam kes Palestin keseluruhannya dan Gaza khususnya, bagi menangkis propaganda yang dihamburkan oleh pihak Zionis dan penyokong mereka.
  • Mengajak rakyat Malaysia melakukan sesuatu, dan sesuatu yang praktikal dan efektif, bagi membantu rakyat Palestin.
  • Menekankan peri pentingnya hubungan dengan ALlah dalam menghadapi tentangan manusia, dengan mengaitkan dengan keadaan di Palestin.
3. Lebih kurang 140 roadshow Palestin telah dilakukan setakat ini di seluruh Johor, termasuk 18 ceramah yang diadakan pada 30 Januari 2009 (Jumaat) yang lalu.

4. Satu program khas telah dilaksanakan untuk ahli-ahli Gabungan NGO Islam Johor bagi menggembleng mereka untuk bersama dalam usaha-usaha kesedaran terhadap isu Palestin.

Sekian.

-WaN aM-
Pegawai Eksekutif Penerangan JIM Pusat

[+] Read More