Monday, January 26, 2009

Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) 2009

“NGO-NGO Islam Malaysia: Mari Bersatu Membela Islam!”


Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia 2009

Pengenalan

Muktamar Majlis Amal Islami Malaysia kali ini diadakan bagi menghimpun sekali lagi pemimpin Pertubuhan Amal Islam bagi berbincang dan berkongsi idea mengenai isu-isu semasa dan permasalahan sosial yang timbul akibat perkembangan globalisasi yang begitu pantas.

Pertubuhan-pertubuhan amal Islam, adalah institusi masyarakat yang mempunyai keupayaan untuk menggerakkan masyarakat ke arah kemajuan dan peningkatan kualiti masyarakat Islam.Keupayaan ini seharusnya tidak disia-siakan oleh masyarakat Islam untuk kebaikan bersama namun keupayaan ini perlu digerakkan dan peranan mereka perlu diselaraskan bagi mencapai matlamat jangka pendek dan panjang dalam perjuangan ummat Islam untuk tergolong dikalangan “khairu ummah”.

Oleh yang demikian, umat Islam tidak boleh lagi berpeluk tubuh dan menjadi penonton kepada perkembangan yang berlaku disekitar seterunya menjadi mangsa kepada cabaran itu.Kekalahan dan penderitaan umat di dalam dunia yang penuh saingan, pasti akan menjejaskan martabat Islam yang menjadi teras jati diri bangsa. Sudah tiba masanya untuk kita mengemblengkan semua potensi umat secara sepadu dan serentak di bawah naungan persaudaraan Islam untuk memperkasakan usaha memaju dan membangunkan umat.

Tarikh: 13hb Januari 2009
Tempat: Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Jumlah Peserta: 3000 orang peserta

Objektif:

  • Mengutarakan cadangan dan pandangan mengenai isu-isu semasa
  • Mencari jalan terbaik untuk menyatukan pandangan dan cadangan dalam membentuk perpaduan yang tegar.
  • Menjadi wadah penggerak gerakan amal Islami dalam membantu kerajaan menangani masalah sosial yang wujud.
  • Mengukuhkan sumber maklumat, kewangan dan tenaga sukarelawan dan prasarana untuk meningkatkan keberkesanan gerak kerja pembangunan ‘Khairu Ummah’.
  • Menyelaras gerakan amal Islami agar ia lebih tersusun dan dinamik.

Tema: “Bersatu Membela Islam”




No comments: