Tuesday, February 3, 2009

Penyerahan Sumbangan Palestin Rakyat Johor kepada JKPA JIM Pusat


Tarikh: 3 Februari 2009 (Selasa)
Tempat: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
Masa: 1.30 petang

Penyerahan cek sumbangan Palestin Rakyat Johor sebanyak RM150K daripada Yang Dipertua JIM Johor, Akh Ainullotfi Abdul Latif (kiri), wakil Gabungan NGO Islam Johor kepada wakil JK Perhubungan Antarabangsa JIM Pusat, Akh Mohd Nasir Tampol

Beberapa fakta menarik mengenai usaha gabungan NGO Islam Johor dalam usaha-usaha kesedaran Palestin:

1. Gabungan NGO Islam Johor telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani isu Palestin sejurus serangan Israel ke atas Gaza pada penghujung Disember 2008.

2. Projek 5G (Gerak Gempur Gaza Gaza Gaza) telah digerakkan di seluruh negeri Johor dengan objektif berikut:
  • Mengajak rakyat Malaysia, terutama umat Islam, sama-sama berkongsi perasaan dan keprihatinan dengan umat Palestin semasa waktu kesengsaraan mereka – bagai satu jasad yang satu, apabila sesuatu anggota yang sakit, anggota lain juga sama-sama berjaga malam lantaran merasakan kesakitan tersebut.
  • Menyampaikan maklumat dan analisis yang tepat dan betul dalam kes Palestin keseluruhannya dan Gaza khususnya, bagi menangkis propaganda yang dihamburkan oleh pihak Zionis dan penyokong mereka.
  • Mengajak rakyat Malaysia melakukan sesuatu, dan sesuatu yang praktikal dan efektif, bagi membantu rakyat Palestin.
  • Menekankan peri pentingnya hubungan dengan ALlah dalam menghadapi tentangan manusia, dengan mengaitkan dengan keadaan di Palestin.
3. Lebih kurang 140 roadshow Palestin telah dilakukan setakat ini di seluruh Johor, termasuk 18 ceramah yang diadakan pada 30 Januari 2009 (Jumaat) yang lalu.

4. Satu program khas telah dilaksanakan untuk ahli-ahli Gabungan NGO Islam Johor bagi menggembleng mereka untuk bersama dalam usaha-usaha kesedaran terhadap isu Palestin.

Sekian.

-WaN aM-
Pegawai Eksekutif Penerangan JIM Pusat

No comments: