Sunday, February 8, 2009

Jemputan Terbuka - Penerangan Isu Palestin


Assalamualaikum wrt. wbt.

Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Badan Kerajaan, Swasta dan Professional
Seluruh Negeri Melaka

Tuan,

CERAMAH ISU-ISU TERKINI PALESTIN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah salah sebuah NGO Islam yang memainkan peranan aktif dalam memberikan kesedaran dan penerangan terhadap isu-isu yang berkaitan Palestin dan kekejaman Israel. Menyelamatkan bumi Palestin ini adalah satu isu yang besar dan perlu digembeling oleh semua lapisan masyarakat.

Oleh yang demikian, kami ingin memaklumkan bahawa JIM Negeri Melaka telah menyediakan beberapa orang penceramah yang terlatih bagi memberi penerangan berkenaan isu ummat ini.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak badan kerajaan, swasta serta professional, masjid/surau atau kawasan kejiranan tuan dapat memanggil atau menjemput kami serta memberi peluang kepada kami berkongsi maklumat berkenaan isu tersebut tanpa sebarang bayaran.

Kutipan tabung Palestin juga akan dilaksanakan semasa ceramah berlangsung.

Sekiranya pihak tuan sudi untuk menjemput kami, sila hubungi En. Fauzi Janal ditalian 013-6140215 atau En. Fauzan Ibrahim ditalian 012-3367369 bagi menetapkan tarikh ceramah dan urusan logistik.

Kami berharap agar usaha yang sedikit ini akan memberikan satu impak yang maksima kepada masyarakat dan diberkati oleh Allah s.w.t

Sekian terima kasih,

'BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT'

.............................
ZAIRI BIN SUBOH
Setiausaha
JIM Negeri Melaka

No comments: